Waktu Perkhidmatan

WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN- JUMAAT

09.00 am - 05.00 pm

JUMAAT
TUTUP JAM 12.00 T/Hari - 1.30 pm
SOLAT JUMAAT


SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
TUTUP

Rabu, 25 November 2009

Salam Aidiladha

PERPUSTAKAAN DESA DAN KELAB MEMBACA SINAR PINTAR
KG
PIMPING INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Isnin, 23 November 2009

Dasar Galakan Membaca

Dasar Galakan Membaca Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca”.

Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”.

Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti.

Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan teknologi.

Bagi menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk dengan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri.


Ahad, 22 November 2009

Membuat Origami

Pengguna perpustakaan sedang menjalankan aktiviti membuat origami

Hasilnya..

Rabu, 18 November 2009

Lawatan Muhibbah Jabatan KEMAS Beaufort


Pada 19hb Ogos 2009 yang lalu 1 lawatan Muhibbah daripada unit CPM Jabatan KEMAS Parlimen P.177 Beaufort telah diadakan di Perpustakaan Desa Kg. Pimping. Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman bagaimana untuk mengendalikan sesebuah perpustakaan. Seramai lebih kurang 25 orang kakitangan daripada KEMAS melawat ke PD ini.

Kakitangan KEMAS Beaufort

Ucapan daripada wakil KEMAS Beaufort En. Simbun Maslah Penyelia Kanan KEMAS Beaufort

Menerima cenderakenangan daripada KEMAS Beaufort

Menyampaikan cenderamata kepada semua kakitangan KEMAS Beaufort

Kerajaan sentiasa berusaha rapatkan jurang digital

6th November, 2009

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata, kerajaan sentiasa berusaha merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar di negeri ini dengan menyediakan prasarana dan kemudahan termasuk Bas Perpustakaan Bergerak Multimedia.

Beliau berkata, Bas Perpustakaan Bergerak Multimedia yang dilengkapi komputer riba bernilai RM300,000 itu baru diperkenalkan di daerah Beaufort sebagai tambahan perkhidmatan sedia ada.

Katanya, setakat ini sebanyak tujuh Bas Perpustakaan Bergerak Multimedia disediakan di seluruh Sabah khususnya di kawasan luar bandar.

“Perkhidmatan Internet yang akan diberi melalui Perpustakaan Bergerak Multimedia ada- lah percuma. Latihan dan tunjuk ajar akan diberi kepada semua pengunjung dengan tujuan merapatkan ‘jurang digital’ di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar.

“Saya berharap rakyat khususnya generasi muda kita mendapat memanfaatkan kemudahan ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai Teknologi Maklumat (IT),” kata- nya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) Peringkat Daerah Beaufort anjuran Perpustakaan Negeri Sabah di Dewan Pa’ Musa, dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Adun Lumadan, Kamarlin Haji Ombi, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar, Pegawai Daerah Beaufort, Haji Mohd. Sidek Hj. Abdul Jubar, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Wong Vui Yin, Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Membakut, Aliudin Yakub, Pengerusi Penyelaras Urusetia Jawatankuasa Pemandu Kelab Membaca Sinar Pintar, Esther Mobilik dan Ketua Zon Perpustakaan Negeri Sabah, Yuming Queck.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata, selain perkhidmatan perpustakaan bergerak multimedia, pelbagai perkhidmatan perpustakaan negeri disediakan di bandar, pekan, kampung dan desa termasuk Perpustakaan Wilayah, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa.

“Oleh itu, masyarakat tidak ada alasan untuk tidak membaca kerana kerajaan telah menyediakan segala kemudahan untuk kita terus membaca dan belajar sepanjang hayat.

“Sabah merupakan negeri yang terbanyak mempunyai cawangan Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) iaitu sebanyak 23 cawangan dan di Beaufort sahaja ada tujuh KMSP bergerak secara aktif,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan KMSP adalah selaras dengan visi dan misi untuk melahirkan masyarakat sejahtera yang dapat menyertai arus pembangunan berterusan, serta mewujudkan masyarakat penyayang, berilmu pengetahuan dan dinamik.

Azizah juga menyeru para pesara kerajaan yang berpotensi menjadi mentor, supaya tampil membantu dan menabur bakti kepada generasi muda supaya mereka mengamalkan budaya membaca dan menjadikan aktiviti membaca sebahagian daripada rutin harian mereka.

“Sama ada membaca untuk riadah atau untuk menimba ilmu, program KMSP secara tidak langsung akan menghindarkan anak-anak kita daripada aktiviti tidak berfaedah.

“Malah penggunaan masa mereka akan lebih terancang dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti pembacaan,” katanya.- sumber berita dari Sabah Times

Isnin, 16 November 2009


Aktiviti mewarna tahap 1

Aktiviti mengandam ibu dan anak



Membaca puisi




Khamis, 12 November 2009

Aktiviti Sulung KMSP PD Pimping

Pada 19hb Julai 2009, 1 aktiviti pertama KMSP telah dijalankan di PD Kg. Pimping. penyertaan daripada orang ramai amatlah menggalakkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan lagu-lagu patriotik, mengandam, mewarna dan membaca puisi. Acara ini telah menarik lebih kurang 200 orang pengunjung ke PD Kg. Pimping.
Antara orang ramai yang datang ke program aktiviti KMSP PD Kg. Pimping

Isnin, 9 November 2009

Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) Kg. Pimping

Info KMSP - Kelab Membaca Sinar Pintar telah dilancarkan dengan rasminya oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 2 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena pelancaran rasmi Festival Membaca 2008.



Kelab Membaca Sinar Pintar terbuka kepada semua warga Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat kepada peserta seperti pertandingan membaca/mengeja, dapat melanggani buku komik manga dan pelbagai aktiviti menarik seperti forum, diskusi, sesi bercerita dan sebagainya. Kumpulan sasar utama kelab ini ialah ibu bapa manakala sampingannya ialah kanak-kanak.



Kini Kelab Membaca Sinar Pintar mempunyai 1567 ahli berdaftar dan 139 mentor yang telah mendaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia.



Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) Kampung Pimping telah di tubuhkan pada 14 Julai 2009.Tujuan kelab ini di tubuhkan adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya di kampung ini untuk datang ke perpustakaan dan seterusnya membudayakan budaya membaca dikalangan masyarakat kampung.Penubuhan kelab ini adalah di bawah perpustakaan Desa Kg.Pimping yang mana penubuhannya adalah secara sukarela.Sepanjang kelab ini di tubuhkan banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya pertandingan puisi,mewarna,bercerita dan sebagainya.

Kelab ini dikendalikan oleh 3 orang mentor iaitu Puan Hajah Surayah Bte Hj. Ibrahim, Puan Mariam Abas dan Cik Dg. Hairena Bt Ag. Basir. Disamping itu, kelab ini turut diorganisasi oleh petugas di PD Kg Pimping iaitu En. Mohd Fadzli Abd. Rashid (Penolong Pegawai Perpustakaan) dan Puan Hairyannie Ladyia Rinra @ Azianny (Pembantu Perpustakaan).