Waktu Perkhidmatan

WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN- JUMAAT

09.00 am - 05.00 pm

JUMAAT
TUTUP JAM 12.00 T/Hari - 1.30 pm
SOLAT JUMAAT


SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
TUTUP

Isnin, 28 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


PERPUSTAKAAN DESA KG. PIMPING
MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

MUHASABAH 2010

Di suatu ketika dahulu, khalifah Umar Ibnu Khattab pernah berpesan,

''Hisablah (kiralah) diri kamu sebelum kamu dihisab (di hari Kiamat), dan timbanglah amalan diri kamu sebelum kamu ditimbang di akhirat kelak. pada hari itu kamu akan dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian sedikitpun.' '

Peringatan itu sungguh tepat bagi kita, yang akan menempuh perjalanan hidup pada tahun 2010 yang akan datang tak lama lagi. Ini juga kesempatan baik untuk kita menilai diri, untuk apa setiap kesempatan hidup yang ada selama ini kita habiskan, dan sudah sejauh mana kualiti amal saleh kita selama satu tahun yang telah lalu.Bahkan di tahun-tahun yang lalu?. Untuk dijadikan pengukur penilaian berjaya atau tidaknya kita menjalani proses kehidupan ini, Islam telah menentukan standard yang sangat teliti. Hal ini tercermin dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

''Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari kemarin sesunguhnya dia telah beruntung, barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kemarin, maka sesungguhnya ia telah merugi. Dan barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin, maka sesungguhnya ia terlaknat.'' (HR Dailami)

Bagi seorang Muslim, muhasabah ini bertujuan untuk menilai amal perbuatan yang telah dilakukan, juga berfungsi sebagai titik langkah untuk memperbaiki diri serta mempersiapkan bekal menuju kehidupan di masa hadapan yang lebih baik lagi. Allah SWT berfiraman,

''Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.'' (QS Al-Hsyr [59]: 18)

Bertambah usia dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, dan dari tahun ke tahun pada hakikatnya adalah berkurangnya umur kita untuk terus hidup di dunia yang fana ini. Padahal masih banyak lagi kerja-kerja yang dipikulkan oleh kita yang belum terselesaikan. Dengan baki masa yang kita miliki, setelah muhasabah, diharapkan kita dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengabdian kita kepada Allah SWT serta memperbaiki akhlak sesama kita. Paling kurang pun tidak terjatuh di lubang yang sama untuk kedua kalinya.

Mari kita sambut 2010 dengan tekad menjadikan diri kita yang lebih baik. Agar kita tidak termasuk dari golongan orang-orang yang merugi. Amin ya Rabbal al- Amin





Rabu, 23 Disember 2009

Mewarna Bendera

Aktiviti mewarna bendera negeri-negeri di Malaysia yang di jalankan di PD Kg Pimping telah berjaya menarik penglibatan seramai lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang mana mereka ini merupakan pengguna di perpustakaan ini. Melalui aktiviti ini bukan sahaja dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke perpustakaan, malahan dapat memberi input yang berguna terutamanya kepada kanak-kanak untuk mengenali dengan lebih dekat bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.

Antara yang mengambil bahagian

Hasilnya...

Isnin, 21 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Kelebihan Bulan Muharam : Berikutan kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia turut dikenali sebagai Awal Muharam, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."

Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan Allah SWT turun pada empat bulan itu.

Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah SWT mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam a.s.

Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh a.s diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim a.s daripada api Namrud dan Nabi Musa a.s daripada Firaun dengan hari kiamat

Pada zaman Rasulullah saw ada seorang Yahudi menuduh seorang Muslim mencuri juga berlaku pada hari Asyura.
Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Apabila Nabiberhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa as diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Nabi Musa as diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.

"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa as lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud)

Ganjaran pahala
Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannyapada hari penuh berkat itu.

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:

* Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
* Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti member! sekalian umat Islam berbuka puasa.
* Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.
* Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
* Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
* Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
* Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
* Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahalaseperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
* Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
* Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
* Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
* Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.
* Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
* Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.

Khamis, 10 Disember 2009

KURSUS TERAPI KECANTIKAN


Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dengan kerjasama Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) PD Kg. Pimping telah menganjurkan satu kursus terapi kecantikan yang bertempat di bangunan E-Desa Saga-Saga Kg. Pimping, Membakut. Kursus ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 35 orang peserta beliawanis dari kawasan DUN N.24 Membakut. Antara pengisian kursus ini adalah facial, teknik pengubatan resdung, solekan dan sanggul. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ariffin Mohd Arif ADUN N.24 Membakut merangkap pengerusi SEDCO. Keratan akhbar Sabah Times yang bertarikh 8hb Disember 2009 telah menyiarkan berita mengenai kursus terapi kecantikan ini.



Para peserta kursus sedang melakukan amali

Mentor KMSP PD KG PIMPING
( Duduk Dari kiri Pn Mariam Abas, Pn Hjh Suraya Hj Ibrahim, Mohd Fadzli Hj Abd Rashid, Pn Hairyannie Hj Taufeck dan Cik Dg Hairena Ag basir)

Bergambar kenangan bersama fasilitator kursus daripada SEDCO










Khamis, 3 Disember 2009

AMALAN MEMBACA DI MALAYSIA : FAKTA YANG MENYEDIHKAN

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara pada 2005 mendapati lebih daripada separuh jumlah 60,441 (survey secara rambang) rakyat Malaysia membaca kurang daripada 7 muka surat setiap hari. Ini bermakna rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 10 tahun ke atas membaca kurang daripada 2 buah buku setahun (tidak termasuk buku teks bagi pelajar atau buku yang berkaitan dengan kerja untuk dewasa).

Lebih mengejutkan, hampir semua yang mengaku diri mereka mempunyai hobi membaca, hanya meluangkan masa kurang daripada 3 jam seminggu membaca samada buku ataupun majalah.

(sumber: ozandends.blogspot.com)

Survey juga menunjukkan 55% yang berusia lingkungan 10 hingga 24 tahun menjadikan membaca sebagai tabiat berbanding hanya 39% bagi umur 25 hingga 56 tahun dan hanya 6% untuk 57 tahun ke atas. Ini bermakna semakin kita tua, semakin malas kita untuk membaca.

Rata-rata menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar menonton TV, wayang, video atau radio berbanding membaca.

Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana ketika ini terdapat pelbagai jenis hiburan yang dipaparkan di TV sehingga menyebabkan anak-anak muda dididik (secara tidak langsung) dari kecil supaya tidak dijadikan sebagai suatu amalan atau rutin.

Saya yang kadangkala menaiki kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya hairan mengapakah penumpang lain tidak menggunakan masa yang terluang ketika menaiki kenderaan awam untuk membaca ataupun ketika menunggu di perhentian bas atau stesyen LRT, komuter, monorel dan sebagainya. Bukankah ianya lebih bermakna berbanding duduk diam tanpa melakukan apa-apa ataupun bermain games di handphone mereka.

Saya yang sering berkunjung ke salah sebuah kedai buku terpakai terkemuka mendapati hanya beberapa orang pengunjung (foreigners) sahaja di dalamnya setiap kali ke sana sedangkan buku yang dijual adalah sangat murah dan masih berkeadaan baik. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana buku yang dijual di kedai buku di negara ini sebenarnya agak murah berbanding di luar negara tetapi malangnya kita gagal untuk memanfaatkannya.

(sumber: associatedcontent.com)

Namun begitu, nasib baiklah ada internet yang mampu menyalurkan sumber informasi kepada kita semua. Walaupun tidak semua yang memanfaatkan penggunaan internet bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, saya percaya kita semua terkena tempiasnya samada kita sedar ataupun tidak.

Dipetik dari blog slumberaja@blogspot.com

Selasa, 1 Disember 2009

Membuat Topeng (Mask)



Membuat Topeng (Mask)

Hasilnya...


Aktiviti Mewarna