Waktu Perkhidmatan

WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN- JUMAAT

09.00 am - 05.00 pm

JUMAAT
TUTUP JAM 12.00 T/Hari - 1.30 pm
SOLAT JUMAAT


SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
TUTUP

Rabu, 10 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Aktiviti : Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh : 27hb Februari 2010
Tempat: Dewan Sri Pimping
Masa : 8.00 malam

Acara : Pertandingan Tanglong, Busana Muslim, Bercerita Sirah Nabi dan Nasyid

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tanglong

Ketibaan perasmi YB Datuk Hj. Ariffin Mohd Arif ADUN N.24 Membakut

Antara orang ramai yang hadir

Ucapan alu-aluan En. Mohd Fadzli Hj Abd Rashid
Penolong Pegawai Perpustakaan PD Kg Pimping


Ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj Ariffin Mohd Arif ADUN N.24 Membakut merangkap Pengerusi SEDCO Negeri Sabah
Persembahan marhaban daripada ahli-ahli Kelab Membaca Sinar Pintar
Peserta-peserta Busana Muslim
Peserta Bercerita Sirah Nabi
Peserta-peserta NasyidBarisan Panel Hakim

MESYUARAT PELAKSANAAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

KMSP PD KG PIMPING dengan kerjasama PERSATUAN MASYARAKAT BRUNEI SABAH (PMBS) CAWANGAN PIMPING telah merancang untuk melaksanakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Pimping. Sehubungan itu, satu mesyuarat telah diadakan di Perpustakaan Desa Kg. Pimping bagi membincangkan pelaksanaan sambutan itu nanti.

Ahli-ahli Mentor KMSP dan PMBS sedang bermesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan program sambutan Maulidur Rasul

AKTIVITI BIJAK IT



Khamis, 4 Mac 2010

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN DESA KG PIMPING AKAN MENGADAKAN SATU BENGKEL ASAS MEMBUAT BLOG. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENDAPATKAN BORANG DI PERPUSTAKAAN. PENYERTAAN TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA. BENGKEL AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU DAN AHAD. YURAN SEBANYAK RM10 DIKENAKAN BAGI SETIAP PESERTA.

Rabu, 24 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

PEPUSTAKAAN DESA KG. PIMPING INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KELAHIRAN

JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT



Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



Selasa, 9 Februari 2010

SALAM TAKZIAH....

Perpustakaan Desa dan Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) Kg. Pimping ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Puan Hairyannie Ladyia Rinra
(Pembantu Perpustakaan PD Kg Pimping) ke atas kembalinya Ayahanda beliau
Allahyarham Tuan Hj Taufeck Hj Asneh
kelmarin (09/02/2010)
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..

AL-FATIHAH


Isnin, 18 Januari 2010

Mesyuarat Perancangan Aktiviti KMSP 2010

Tarikh : 13hb Januari 2010
Masa : 2.30 Pm

Tempat : Perpustakaan Desa Kg. Pimping


Satu mesyuarat telah dijalankan oleh mentor-mentor KMSP PD Kg. Pimping bagi membincangkan takwim aktiviti KMSP sepanjang tahun 2010. Antara mentor yang hadir ialah Puan Hjh Suraya Hj. Ibrahim, Puan Mariam Abas, Puan Asmah Bt Hj. Yussuf, En. Mohd Fadzli Bin Hj. Abd Rashid dan Puan Hairyannie Ladyia Rinra@Azianny.
Hasil dari perbincangan antara semua mentor KMSP telah berjaya merangka 1 takwim tahunan untuk aktiviti KMSP PD Kg. Pimping sepanjang 2010 ini. Antara aktiviti yang dirancang bagi bulan Februari ialah sambutan Maulidur Rasul yang mana KMSP akan mengadakan pertandingan bercerita kisah-kisah nabi, busana muslim dan pertandingan lagu-lagu dakwah.

Mentor KMSP sedang berbincang perancangan aktiviti KMSP
sepanjang tahun 2010