Mengikut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara pada 2005 mendapati lebih daripada separuh jumlah 60,441 (survey secara rambang) rakyat Malaysia membaca kurang daripada 7 muka surat setiap hari. Ini bermakna rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 10 tahun ke atas membaca kurang daripada 2 buah buku setahun (tidak termasuk buku teks bagi pelajar atau buku yang berkaitan dengan kerja untuk dewasa).
Lebih mengejutkan, hampir semua yang mengaku diri mereka mempunyai hobi membaca, hanya meluangkan masa kurang daripada 3 jam seminggu membaca samada buku ataupun majalah.
(sumber: ozandends.blogspot.com)
Survey juga menunjukkan 55% yang berusia lingkungan 10 hingga 24 tahun menjadikan membaca sebagai tabiat berbanding hanya 39% bagi umur 25 hingga 56 tahun dan hanya 6% untuk 57 tahun ke atas. Ini bermakna semakin kita tua, semakin malas kita untuk membaca.
Rata-rata menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar menonton TV, wayang, video atau radio berbanding membaca.
Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana ketika ini terdapat pelbagai jenis hiburan yang dipaparkan di TV sehingga menyebabkan anak-anak muda dididik (secara tidak langsung) dari kecil supaya tidak dijadikan sebagai suatu amalan atau rutin.
Saya yang kadangkala menaiki kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya hairan mengapakah penumpang lain tidak menggunakan masa yang terluang ketika menaiki kenderaan awam untuk membaca ataupun ketika menunggu di perhentian bas atau stesyen LRT, komuter, monorel dan sebagainya. Bukankah ianya lebih bermakna berbanding duduk diam tanpa melakukan apa-apa ataupun bermain games di handphone mereka.
Saya yang sering berkunjung ke salah sebuah kedai buku terpakai terkemuka mendapati hanya beberapa orang pengunjung (foreigners) sahaja di dalamnya setiap kali ke sana sedangkan buku yang dijual adalah sangat murah dan masih berkeadaan baik. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana buku yang dijual di kedai buku di negara ini sebenarnya agak murah berbanding di luar negara tetapi malangnya kita gagal untuk memanfaatkannya.
(sumber: associatedcontent.com)
Namun begitu, nasib baiklah ada internet yang mampu menyalurkan sumber informasi kepada kita semua. Walaupun tidak semua yang memanfaatkan penggunaan internet bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, saya percaya kita semua terkena tempiasnya samada kita sedar ataupun tidak.
Dipetik dari blog slumberaja@blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan