Waktu Perkhidmatan

WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN- JUMAAT

09.00 am - 05.00 pm

JUMAAT
TUTUP JAM 12.00 T/Hari - 1.30 pm
SOLAT JUMAAT


SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
TUTUP

Rabu, 18 November 2009

Kerajaan sentiasa berusaha rapatkan jurang digital

6th November, 2009

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata, kerajaan sentiasa berusaha merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar di negeri ini dengan menyediakan prasarana dan kemudahan termasuk Bas Perpustakaan Bergerak Multimedia.

Beliau berkata, Bas Perpustakaan Bergerak Multimedia yang dilengkapi komputer riba bernilai RM300,000 itu baru diperkenalkan di daerah Beaufort sebagai tambahan perkhidmatan sedia ada.

Katanya, setakat ini sebanyak tujuh Bas Perpustakaan Bergerak Multimedia disediakan di seluruh Sabah khususnya di kawasan luar bandar.

“Perkhidmatan Internet yang akan diberi melalui Perpustakaan Bergerak Multimedia ada- lah percuma. Latihan dan tunjuk ajar akan diberi kepada semua pengunjung dengan tujuan merapatkan ‘jurang digital’ di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar.

“Saya berharap rakyat khususnya generasi muda kita mendapat memanfaatkan kemudahan ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai Teknologi Maklumat (IT),” kata- nya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) Peringkat Daerah Beaufort anjuran Perpustakaan Negeri Sabah di Dewan Pa’ Musa, dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Adun Lumadan, Kamarlin Haji Ombi, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar, Pegawai Daerah Beaufort, Haji Mohd. Sidek Hj. Abdul Jubar, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Wong Vui Yin, Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Membakut, Aliudin Yakub, Pengerusi Penyelaras Urusetia Jawatankuasa Pemandu Kelab Membaca Sinar Pintar, Esther Mobilik dan Ketua Zon Perpustakaan Negeri Sabah, Yuming Queck.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata, selain perkhidmatan perpustakaan bergerak multimedia, pelbagai perkhidmatan perpustakaan negeri disediakan di bandar, pekan, kampung dan desa termasuk Perpustakaan Wilayah, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa.

“Oleh itu, masyarakat tidak ada alasan untuk tidak membaca kerana kerajaan telah menyediakan segala kemudahan untuk kita terus membaca dan belajar sepanjang hayat.

“Sabah merupakan negeri yang terbanyak mempunyai cawangan Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) iaitu sebanyak 23 cawangan dan di Beaufort sahaja ada tujuh KMSP bergerak secara aktif,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan KMSP adalah selaras dengan visi dan misi untuk melahirkan masyarakat sejahtera yang dapat menyertai arus pembangunan berterusan, serta mewujudkan masyarakat penyayang, berilmu pengetahuan dan dinamik.

Azizah juga menyeru para pesara kerajaan yang berpotensi menjadi mentor, supaya tampil membantu dan menabur bakti kepada generasi muda supaya mereka mengamalkan budaya membaca dan menjadikan aktiviti membaca sebahagian daripada rutin harian mereka.

“Sama ada membaca untuk riadah atau untuk menimba ilmu, program KMSP secara tidak langsung akan menghindarkan anak-anak kita daripada aktiviti tidak berfaedah.

“Malah penggunaan masa mereka akan lebih terancang dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti pembacaan,” katanya.- sumber berita dari Sabah Times

Tiada ulasan:

Catat Ulasan